Perpindahan Blog

June 29th, 2007 by syatir

Blog ini tidak akan diaktifkan lagi berkuatkuasa serta merta. Sila layari blog saya di alamat http://syatir.wordpress.com. Segala berita, artikel, atau info terkini akan disiarkan dalam blog berkenaan sahaja. Maaf atas segala kesulitan. Terima kasih atas sokongan anda.

Berpindah Blog

June 17th, 2007 by syatir

Blog saya di friendster ini tidak akan diaktifkan lagi. Saya telah berpindah ke bolg baru di alamat http://syatir.wordpress.com Sebenarnya dah lama pindah ke blog baru tapi lupa nak buat pengumuman. Blog baru ni pun dah lama, sejak awal 2007 lagi.

Membentuk Generasi Pendebat Berkualiti dan Hakim Berintegriti

February 16th, 2007 by syatir

Oleh: Mohd Syatir bin Talib

Selepas tamat Debat Terbuka Astar 2007 (DTA 2007), saya terpanggil untuk menulis sekadar ingin menyuarakan pendapat saya yang daif dan naif tentang beberapa perkara yang mewarnai dunia debat pada zaman generasi MTV ini. Mungkin ada yang akan mempertikaikan siapa saya untuk mengkritik dan memberi komen? Saya hanyalah seorang manusia yang pernah bernama pendebat, yang pernah diamanahkan untuk menghakimi dan yang sentiasa mengimpikan ketinggian kualiti dan keagungan nilai intelek dalam dunia debat universiti. Anda berhak untuk bersetuju atau tidak bersetuju.

PERTAMA: MEMBENTUK GENERASI PENDEBAT BERKUALITI

Sepanjang pengamatan saya dalam DTA 2007, saya rumuskan masalah pendebat-pendebat muda ini kepada tiga perkara: Pembinaan kes, Pemahaman fakta, Bidasan terlalu mudah……………. (untuk membaca dengan lebih lanjut layari http://www.debatuiam.com atau http://syatir.wordpress.com)

PENJELASAN SEBENAR: ISU UIAM-UM DALAM DEBAT PERPADUAN 2006

January 3rd, 2007 by syatir

Oleh: Mohd Syatir Talib (lawati http://www.debatuiam.com)

Selepas tamat Debat Perpaduan 2006, banyak cerita dalam pelbagai versi dan pelbagai dimensi, benar atau palsu, hakiki atau falasi, telah disebarluas secara lisan mahupun melalui dunia internet, sama ada di dalam laman web tertentu, Friendster, forum, blog dan sebagainya. Justeru, perkara ini telah menimbulkan kekeliruan, kecelaruan, kesamaran dan tanda tanya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Rencana yang saya tulis ini bukan untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, apatah lagi untuk mengapi-apikan permusuhan dan persengketaan yang tercetus di dalam dunia perdebatan. Saya cuma ingin menjernihkan yang keruh, memadamkan yang terbakar, membersihkan yang ternoda agar yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal.

Sebelum saya menulis lebih panjang, mungkin ada sesetengah pihak yang meragui kesahihan tulisan ini. Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa segala maklumat yang saya sampaikan dalam rencana ini adalah hasil temubual saya dengan En. Tajul Ariffin Adam (Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MADUM), En. Rohai Zahar Nedi (Penolong Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara, JPNIN merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan Debat Perpaduan 2006) dan En. Nazri Noh (Hakim Kelas Tertinggi MADUM).

Segalanya bermula sebelum pertandingan suku akhir, apabila pasukan UM 2 mendapati dua orang ahli pasukannya tidak dapat hadir. Pada pagi tersebut, sebelum pengumuman pasukan yang layak ke suku akhir dibuat, mereka berjumpa En. Rohai dan En. Mohd Khair untuk mengetahui status mereka sama ada layak atau tidak. Mereka diminta agar menunggu pengumuman rasmi dibuat terlebih dahulu. Selepas pengumuman dibuat dan UM 2 didapati layak, mereka bertanya sama ada boleh atau tidak untuk mereka menarik diri dan pasukan di tangga ke-9 dinaikkan untuk mara ke suku akhir. Perkara itu tidak dipersetujui dan mereka diminta untuk ke bilik pertandingan dan menunggu ahli pasukan ketiga atau memohon untuk menarik diri di bilik tersebut. Sekiranya dalam tempoh 15 minit selepas pertandingan dimulakan, ahli pasukan mereka masih belum cukup, maka Perkara 7.2 akan diambil kira:

7.2. Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perdebatan selepas lima belas minit (15 minit) dari masa permulaan perdebatan akan dikira kalah.

Semasa di bilik pertandingan sebelum suku akhir dimulakan, pasukan UM 2 berjumpa dengan En. Mohd Fauzi Othman, Ketua Hakim bilik tersebut dan memohon untuk mengambil seorang pendebat daripada pasukan UM 1 untuk melengkapkan bilangan ahli pasukan. En. Mohd Fauzi menyatakan bahawa perkara itu bercanggah dengan peraturan tetapi memberi sedikit kelonggaran dan memanggil pasukan UIAM 2 untuk mendapatkan persetujuan mereka. UIAM 2 bersetuju. En. Tajul yang juga merupakan salah seorang hakim di bilik itu menerangkan kembali bahawa melalui persetujuan itu pertandingan akan dijalankan seperti biasa dan kemenangan boleh diberikan kepada pasukan UIAM 2 atau UM 2. Pertandingan dijalankan seperti biasa dan keputusannya juri 5-0, kemenangan kepada UM 2.

Selepas tamat suku akhir tersebut, pasukan UIAM 2 tidak pernah membuat sebarang bantahan kepada jawatankuasa pertandingan, sama ada secara lisan mahupun bertulis. UIAM 2 juga mengakui bahawa mereka diisytiharkan kalah dalam pusingan tersebut.

Sementara itu, di peringkat jawatankuasa pertandingan pula, banyak pihak terkejut selepas En. Mohd Fauzi melaporkan bahawa suku akhir UM-UIAM itu berjalan seperti biasa. En. Nazri mengakui bahawa beliau tidak sangka suku akhir itu tetap dijalankan dan menjangkakan UM 2 akan dikira kalah selepas 15 minit. Perkara yang menjadi persoalan pada masa tersebut adalah kesahan (validity) pasukan UM 2 untuk bertanding pada peringkat seterusnya kerana mereka telah mengambil seorang ahli pasukan UM 1  dan perkara ini menyalahi Perkara 5.2 Peraturan Pertandingan iaitu:

5.2. Peserta hanya boleh berdebat untuk pasukan yang mendaftarkannya sahaja.

Untuk menyelesaikan masalah ini satu mesyuarat tergempar telah diadakan di antara wakil Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan wakil Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia. Untuk makluman semua pihak, mesyuarat ini diadakan bukan kerana bantahan daripada pasukan UIAM (seperti yang telah dinyatakan, UIAM tidak pernah membuat sebarang bantahan) dan bukan arahan daripada En. Mohd Khair Ngadiron. Mesyuarat ini telah disertai oleh Pn. Hajah Azizah (Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan) dan En. Rohai Zahar (Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan) selaku wakil JPNIN. Wakil MADUM pula terdiri daripada En. Tajul Ariffin (Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MADUM), En. Nazri (UPM), En. Mohd Fauzi (UTM), En. Zaliridzal (UPM), Ust. Abdul Manan (KUIM), Cik Najwa (UKM) dan En. Muzafar (UDM). Manakala pihak yang berkepentingan iaitu En. Mohd Khair (UIAM), Pn. Mazlena (UIAM) dan En. S. Ramlee (UM) tidak menyertai mesyuarat tersebut.

Mesyuarat membincangkan tiga pilihan yang ada. Pertama, penyertaan UM untuk separuh akhir dibatalkan. Kedua, perlawanan secara ‘handicap’ dijalankan iaitu pasukan UM 2 akan disertai oleh dua pendebat asal sahaja dan markah untuk pendebat ketiga akan dikira kosong. Ketiga, perlawanan separuh akhir akan dijalankan seperti suku akhir iaitu pasukan UM 2 boleh mengambil pendebat UM 1 dan persetujuan akan diminta daripada pihak lawan sebelum perlawanan bermula.

Mesyuarat memutuskan untuk menolak pilihan ketiga memandangkan perkara itu menyalahi Perkara 5.2 dan tidak adil kepada pasukan universiti-universiti lain. Sekiranya perkara ini dibenarkan oleh mesyuarat, pasukan universiti lain juga sepatutnya dibenarkan untuk mengambil mana-mana pendebat daripada pasukan kedua mereka untuk dimasukkan ke dalam pasukan pertama. Perkara ini juga boleh menyebabkan pasukan-pasukan lain membuat bantahan.

Mesyuarat juga menolak pilihan pertama untuk membatalkan penyertaan UM 2 kerana kelonggaran telah diberikan pada peringkat suku akhir dan keputusan untuk membatalkan penyertaan mereka di peringkat separuh akhir adalah terlalu keras.

Sementara itu, pilihan kedua iaitu perlawanan ‘handicap’ tidak menyalahi peraturan. Walaupun perlawanan secara ‘handicap’ tidak pernah disebut dalam Peraturan Pertandingan, Perkara 1.2 dan 1.3 membenarkan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan (dalam konteks debat ini, Puan Hajah Azizah) untuk mengadakan perlawanan seperti itu.

1.2. Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan. Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad.

1.3. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa.

Dengan kuasa Puan Hajah Azizah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, mesyuarat memutuskan untuk memberi dua pilihan kepada pasukan UM 2. Pertama, menarik diri untuk peringkat separuh akhir. Kedua, menyertai perlawanan secara ‘handicap’. En. S. Ramlee dipanggil oleh pihak mesyuarat untuk membuat pilihan. Selepas berbincang dengan ahli pasukan UM 2, mereka memilih untuk menyertai perlawanan secara ‘handicap’ dan tidak menarik diri.

Perlawanan separuh akhir diteruskan secara ‘handicap’ dengan UIAM 1 bertemu UM 2. Oleh kerana markah pendebat ketiga UM 2 dikira kosong maka kemenangan diberikan secara sebulat suara kepada UIAM 1. Kemenangan ini adalah sah di sisi peraturan seperti yang telah dihuraikan di atas.

Walau bagaimanapun, En. Tajul turut mengakui bahawa dia sebenarnya tidak selesa dengan perlawanan ‘handicap’ kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan implikasi kurang baik di kalangan penonton. Namun, bagi beliau perlawanan ‘handicap’ ini menunjukkan semangat pertandingan di kalangan pendebat.

En. Tajul juga berkata “Perdebatan bukan untuk perlawanan semata-mata tetapi untuk menghormati semangat perdebatan dan setiakawan. Perdebatan adalah bersifat pertikaian lidah dalam sesuatu isu sahaja dan bukan untuk mewujudkan persengketaan dan permusuhan.”

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin membersihkan nama UIAM bahawa UIAM tidak pernah membuat sebarang bantahan dan segala perkara yang diputuskan tidak pernah dipengaruhi oleh pendebat ataupun pegawai UIAM. Saya juga ingin mengajak para pembaca untuk merenung kembali apakah iktibar dan pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa ini. Semoga perkara seperti ini dapat mematangkan pemikiran kita, dan mengajar kita untuk berfikir dengan lebih rasional dan professional.

Saya juga ingin mengakhiri rencana ini dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Renungilah… Sekian.

(Temubual dengan En. Tajul Ariffin Adam, En. Rohai Zahar Nedi dan En. Nazri Noh telah dijalankan pada hari Khamis 28 Disember 2006 melalui telefon di antara jam 11 pagi hingga 1 tengah hari)

famous four

October 2nd, 2006 by syatir

Bulan puasa datang lagi. Tahun ni lain sikit drpd tahun2 sebelumnya sebab aku akan puasa sebulan di rumah. Memang best sebab dapat berbuka dengan masakan ibu. sapa yang tak suka kan? tiap2 hari boleh makan best. sahur dijamin setiap pagi. takkan miss punya.

But i really miss one thing. friends… terlalu banyak kenangan manis berpuasa dengan kawan2. Aku ingat lagi masa kat matrik. Aku, Daud, Ami dan Nizam… hampir tiap2 hari kami bukak puasa kat masjid matrik sama-sama. kalau ada salah sorang yang lewat pun, kitorang akan ‘cop’ tempat, so that takde sapa2 boleh kacau. Habis je bukak puasa, aktiviti tetap adalah mengumpul buah kurma yang tak habis semaksima yang mungkin… simpan dalam plastik, bekas, polysterin, atau apa2 je yg boleh diguna. Aku rasa kat matrik tu kitorang la yang paling byk stok buah kurma. Hasil kutipan purata ada la dalam dua kilo sehari… Balik je solat terawih, memang takde keja lain selain makan buah kurma sambil bersembang sambil dengar discman ami. Walaupun aku duduk kat ABC aku sanggup berjalan jauh ke bilik budak tiga org tu. kadang2 tumpang tido kat sana. lepas sahur baru balik ke bilik.

Lepas semua dah masuk main camp, port kitorang adalah bilik ami di blok F Uthman. (tak ingat bilik no berapa?) Beli makanan yang mahal gila kat cafe tu, pastu bungkus. Tapi dekat main camp dh x boleh kutip buah kurma lagi sebab takde kurma subsidi. kalau nak kurma free, kena berjalan jauh ke masjid n bukak puasa kat sana. Sementara tunggu bukak puasa, kitorg layan tengok tv ami dulu. tengok rhoma irama. bila org dah azan memang melantak habis-habisan (literally) sampai habis sume makanan. pastu mula la berat nak solat maghrib. Kadang-kadang kitorg akan bukak pose di tempat2 tertentu… medan selera kubur, burger king sebelah highway ataupun mcD. sampai akak yang jaga kaunter burger king pun dah kenal sebab selalu sgt pegi.

Tapi tahun-tahun lepas tu, kitorg dah kurang bukak pose sekali. sume dah ada komitmen masing-masing. tak byk masa yg diluangkan bersama mcm dulu-dulu. kalau boleh bukak pose pun mesti ada yang xde. and so it goes… tapi takpe. it’s fine. things change. life goes on. tapi kalau aku jumpa jin aladdin dan dapat satu wish, i wish we could get back together again like the good old days. i wish i could turn back time and make things better.

How beatiful those days were, aren’t they? To simply forget all those memories and put the past behind is the most ridiculous thing to do. I can’t lie to my innerself, i really miss the so called ‘famous four’.

dah siap

September 18th, 2006 by syatir

Akhirnya……… setelah menghadapi masalah teknikal berkali2 aku berjaya juga untuk siapkan laman web Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM. kalau nak tengok layarilah http://www.debatuiam.com

Kalau sesiapa ada cadangan tentang laman web ni bolehlah email kepada saya di alamat mdsyatir@hotmail.com

Masih banyak kelemahan yg ada, bak kata org tua2:

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.

Ramadhan

September 14th, 2006 by syatir

Debat Perpaduan postpone la pulak. 15 Disember. Lagi 3 bulan. hmmm…. takpe la nak buat mcm mana. takleh pergi la nampaknya. masa tu aku dah start belajar balik. kepada sesiapa yang masuk debat perpaduan. prepare la betul2. masa yang ada sangat banyak. kalau tak sempat buat research jugak tak tau la.

Bulan Ramadhan dah nak tiba. Macam biasa, tiap2 tahun kalau sblm bulan puasa je aku dah berazam nak jadi baik, nak buat itu ini itu ini… tapi selalunya bila sampai separuh je bulan puasa, dah mula fikir pasal raya. dah lupa azam masa sebelum puasa. Itulah lumrah manusia zaman sekarang. Aku pun mcm tu jugak. Hanya insan-insan yang betul2 beriman yang dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan penuh keberkatan.

Jadi marilah sama-sama kita berdoa agar dipanjangkan usia supaya kita dapat menikmati keberkatan bulan puasa tahun ni. berdoalah juga agar ibadah kita dalam bulan puasa tahun ni lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.

sekadar peringatan untuk diri sendiri……

master

September 10th, 2006 by syatir

Memang busy la dua tiga hari ni. Hari Jumaat ada kat rumah. mlm tu naik bas ke KL. Hari Sabtu ada kt KL. siang duk siapkan website. mlm gi dinner. Hari Ahad pagi naik bas balik Trg. sampai rumah petang. mlm tu ada training debat kt UDM. Hari Isnin pagi kembali jadi driver.

Komen ttg dinner. overall very good. makanan best. baju semua grand (kata casual tapi ramai yg vogue). semua lancar cuma lewat habis. itu je yg x best. congrats kpd penganjur.

Sampai je kt rumah, aku dpt satu berita gembira. offer letter utk master dah sampai. register 22 nov ni. bayaran… ribu2 jugak la. boleh habis dlm 2 tahun. kalau xpress 1 tahun, kalau xtend 3 tahun. nervous jgk rasanya. bleh lepas ke aku ambik master ni. pointer kena maintain above 3.00. kalau bawah 3.00 xleh grad. ntah la, belajar je dulu baru tahu.

nak balik

September 3rd, 2006 by syatir

Malam ni nak balik rumah. Dah lebih 2 minggu duduk kat KL ni. Sejak debat arkib (18/8), pastu konvo, sampai ke hari ni (3/9). Semuanya sebab xde tiket nak balik.

Sekarang ni aku tgh sibuk buat web kelab debat. nak kena siap sebelum 9/9. banyak lagi yg kena buat. xtau la sempat ke x. harap2 sempat la. lepas ni ada debat perpaduan pulak. nasib baik dh postpone ke 19hb. lega sikit. ada masa lagi.

So, maybe next week aku akan balik ke KL. nak settlekan pasal web ni. maybe not. send pakai email pun boleh je. tengok la dulu. tiket nak dtg balik pun tak tau ada ke tak.

Banyak pulak hadiah konvo yg nak kena bawak balik mlm ni. Ada bantal doremon, patung mashimaro, bunga2, kotak2 dll. Tak tau muat ke tak nk sumbat dlm beg.

Cepat betul masa berjalan. pejam celik pejam celik dah konvo dah. tapi perjalanan masih jauh. insya Allah bulan 11 nanti aku akan balik ke UIA untuk sambung master. For the time being, buat la apa2 yg patut.

once in a lifetime

August 29th, 2006 by syatir

Semalam aku dah konvo.. nervous jugak rasanya. Tapi alhamdulillah sume ok. songkok tak terjatuh masa tunduk.. masa jalan pun tak salah step.. muka pun masih bleh control.

Aku rasa sangat hepi sebab parents aku dtg semalam. Walaupun x semua family aku dtg (sebab semalam hari Isnin, ada yg keja, ada yg sekolah), it really means a lot to me. thanks mom n dad…

Family aku dah balik rumah. Aku still ada kat uia sbb nak hantar robe, settlekan gambar2 konvo, ambik credential, dan ada benda2 yg nk kena buat dulu. Geram betul la amoi yg jual gambar tu, x sistematik langsung. pergi pukul 12.00 tapi pukul 2.30 baru bleh dapat. dah la kena beratur panjang. siap ada org potong queue lagi. pastu aku pegi AnR ambik credential. pun ramai org jugak.

Tiket bas dah abis… aaaarghhh..! paling awal bleh balik 3hb. lama lagi la kena lepak kt sini nampaknya. takkan nk balik flight. duit dah byk abis utk konvo ni. aku pun x tau dh abis brapa ratus. tapi xpe la.. once in a lifetime.